Tuesday, December 29, 2009

Pengurusan Emosi 1

29/12/2009

                  Assalamualaikum.... Huhh, minggu ini merupakan minggu pertama saya menyertai kelas pengurusan emosi dan saya merasakan sepanjang 3 jam perkuliahan yang telah saya sertai, pengalamannya amatlah berharga dan menyeronokkan. Ini kerana saya mempelajari pelbagai benda baru mengenai emosi seperti bagaimana emosi dilahirkan, cara mengawal emosi dan juga hubungkait antara emosi dan motivasi. Selama lebih 19 tahun saya hidup, saya sering diejek atau ditegur oleh rakan-rakan tentang kelemahan saya untuk melahirkan emosi yang bertepatan atau bersesuaian dengan situasi atau keadaan. Ini kerana saya sering tersenyum atau ketawa tidak kira dalam situasi gembira, sedih mahupun marah.
                  Saya seorang yang sukar untuk bergaul mesra dengan orang yang baru sahaja saya kenali. Ketika pertama kali saya menghadiri kuliah tidak kira bagi apa matapelajaran sekalipun, saya kebiasaannya akan duduk bersendirian jauh dari rakan-rakan lain walaupun terdapat kawan-kawan yang saya kenali dalam dewan kuliah tersebut. Saya merasakan seolah-olah seperti saya akan mengganggu mereka sekiranya saya tiba-tiba sahaja membuat keputusan untuk duduk bersama mereka tanpa dijemput. Dalam situasi sebegini, saya berasa takut dan rendah diri kerana saya memikirkan yang mereka mungkin lebih selesa bersama-sama dengan rakan yang mereka rapat sahaja sehingga membuatkan saya berasa seperti seorang penyibuk. Dari komponen fisiologi, kaki saya berasa lemah dan saya berasa kurang keyakinan di mana akhirnya tingkahlaku yang saya tunjukkan adalah saya akan berjalan ke tempat duduk yang jauh dari orang lain dan duduk di situ berseorangan.
                  Namun begitu, pada hari kedua perkuliahan keadaan menjadi sedikit berbeza daripada hari sebelumnya. Walaupun pada pagi itu saya berasa mengantuk dan malas untuk menghadiri kuliah sehinggakan saya telah tersalah masuk dewan perkuliahan, saya tetap mendorong diri saya untuk menghadiri kuliah kerana ditetapkan bahawa hari ini akan diadakan kuiz. Situasi ini bertepatan dengan apa yang telah diajarkan pada kuliah sebelumnya di mana emosi sebagai motivasi kepada tingkahlaku dan motif boleh menjadi emosional (Lang et al, 1992). Motif saya adalah untuk menjawab kuiz tersebut sebaik mungkin kerana ianya mempengaruhi peratusan markah. Oleh kerana motif saya ini saya menjadi bersemangat untuk menghadiri kuliah yang bermula pada jam 8 pagi. Oleh kerana perasaan saya membara dan bersemangat ini, saya terdorong untuk bangun awal pagi dan bersiap untuk menghadiri kuliah.
                   Walaupun pada hari ini tidak diadakan kuiz kerana soalannya tidak berjaya dijumpai, saya berasa seronok sekali pada kuliah hari ini. Pelbagai emosi dan pengalaman dikongsikan bersama oleh rakan-rakan. Pada awalnya seperti biasa saya duduk bersendirian di dalam dewan kuliah tersebut tetapi di atas arahan pensyarah yang mengajar, saya terpaksa bergerak mencari rakan yang sudi untuk menerima saya sebagai rakan perbincangan untuk membincangkan soalan-soalan yang telah diberikan. Pada awalnya saya berasa gementar dan takut kerana saya lihat rakan yang saya kenali masing-masing sudah mempunyai rakan untuk berbincang. Saya tidak mengenali sesiapa lagi dalam kursus ini yang boleh saya berkongsi pengalaman secara selesa dan terbuka. Tangan saya mulai menggigil tetapi saya tetap memberanikan diri mendekati rakan yang duduk tidak jauh dari saya. Walaupun beliau sudah mempunyai teman tetapi mereka tetap menerima saya untuk menyertai mereka. Sikap terbuka mereka membuatkan mudah bagi saya untuk turut sama berkongsi cerita tentang pengalaman lampau. Perbincangan antara kami bertiga sememangnya menyeronokkan.
                    Apabila melihat rakan-rakan saya bentang di hadapan, saya sememangnya diisi oleh perasaan gembira dan bangga kerana kesemua pembentang pada hari ini semuanya merupakan kenalan saya baik dari sama program kursus mahupun sama kolej. Terdapat juga sedikit perasaan cemburu kerana mereka semua begitu berani untuk ke hadapan dan berkongsi pengalaman dan hasil perbincangan mereka. Manakala, saya sering berfikir dua tiga kali sama ada ingin ke hadapan atau tidak kerana perasaan malu, segan, takut dan gementar yang teramat sangat.
                   Akhir sekali, saya hanya melihat dan mendengar sahaja tetapi tidak bertindak untuk melawan perasaan takut itu. Kelemahan saya yang terbesar adalah takut untuk berucap di hadapan orang ramai dan ini merupakan suatu kelemahan diri yang perlu saya pelajari untuk mengatasinya. Mudah-mudahan, disepanjang kursus ini saya akan menjadi lebih bijak dalam mengawal emosi dan pelajari cara sebenar untuk mengekspresikan emosi saya setara dengan perasaan hati saya.

Saturday, December 26, 2009

d Brown Envelope

Malu giler weyh..... Smalam iaitu ari jumaat, cuti krismas kt blk ke rumah. Dsbbkan kt tido dkat2 kul 4 pg cam2 n bgn smula kul 6.30pg, so ssampai jer kat umah BAMM! tros terlentang atas katil tido smpai zohor. Masa yg llaki gi mnunaikan solat jumat tggl kt n mak kt jer kat umah spend quality time 2gether sambil tgk tv sambil kopek ikan bilis. Tiba2 jer mak kt bertanya.... Ari jumat lps mama ada trima surat balqis. Bila masa lak balqis tulis surat tu??? Pelik mama dwatnyer...? Kt pon tanya blk 'surat apa??' 'Ala... surat yg dlm sampul surat coklat tu....?! Papa baca pon trasa pelik. Naper bdak nie ttiba emo smacam jer.... Cam org putus cinta jer papa baca...' ADA KE PATUT!!! Penat2 kt mluahkan sgala kkesalan, luahan prasaan dlm surat tu ley lak ayah kt ckp kt putus cinta.....!! Tp smemangnyer kt x mgharapkn yg parents kt akan baca surat tu. Surat tu kt tulis masa kem induksi time cuti sem 1 ari tu. After da tulis surat sume n right b4 diorg nak kutip surat tu br diorg bgtau yg diorg akan poskan surat tu! Cam bengong btol.... Da la dlm surat tu besides saying sorry 2 my parents n brothers, kt pon ada nyatakan sal acap n syazwan.. Mana x malu nyer kalo diorg baca n tau sal diorg! Spanjang cuti ari tu kt mnantikan surat tu dgn harapan I can get my hands on dat letter b4 they do n dispose of them but unfortunately ayah kt yg dapat surat tu dulu... Aiyaa...
Luckily ayah kt x mention langsung sal mrk ber2 tp mak kt la tanya siang tu sape acap n syazwan?? Kt yg x sanggup nak berbohong ngan mak kt pon brtrus trangla gtau sape diorg ber2 tu pd kt.... Acap tu org yg kt penah ske tp after dier da ada gf dier tros x layan kt. Manakala, syazwan member sk ren yg kt contact time cuti raya ari tu tp after stat klas blk dier tros x layan kt n kt seriously x tau knapa??  Abg sulung kt lak gelak jer keje dier especially bila dengar comment ayah kt yg ckp kt putus cinta... T_T  x de ati prut tul....!! tp yg paling bersalah n kejam dlm hal nie adalah senior2 yg tlah btul2 poskan surat tu. KEJAM!!!! huhu~
n then petang td ktorg 1 famili kuar g THE CURVE. Ktorg spend more than 2 hrs kat Harvey Norman tgk2 prabot utk umah baru kat langat tu... After da pilih2 n wat calculation sume skali plaburan utk prabot jer da hundred thousand! Bapak Mahal..... Tp mmg lawa la.... puas ati gak la... n sblum blk tu ktorg dinner dulu kat Kenny Rogers n blk.... Seriously capet kt dwatnyer n skrang kt nak g tido sbb nnt 3.50pg nak bgn blk nak tgk citer korea Three Brothers kat KBSWorld. hehe.....

Wednesday, December 23, 2009

Semangat Belajar

Nak tau x ciri2 mahasiswa/i yg patut dcontohi???
iaitu apabila dier sudah sejam terlewat utk kuliah ttp still bersemangat berlari dr kolej ke dewan kuliah smata2 utk menghadiri kuliah yg da sparuh nak abis!
Nak tau x sapekah gerangan si cerdik pandai sesengal cencorot tu yg bley plak x tau wak2 tu ada kuliah.... Sesedap dier jer bergolek2 atas katil sambil bergosip ngan roommate smpi dapat mesej Ko kat ner? Tau x skrang ada kuliah?! Gelaran org yg sengal nie adalah BALQIS ANAK NASRUDDIN!!! saya la tu..... huhu~
Bijak x saya nie... Lps dpt mesej maunyer cepat2 pakai tudung, x tukar baju pape tros sarung ngan jaket sbb time tu tgh pakai t-shirt lengan pendek. x de masa nak tukar baju... Dengan bersandalkan tumit tergesa2 berlari utk menghadiri kuliah kimia. Hampeh tul.... Ingat ari nie x de kuliah sbb smalam dberitau yg ari nie x de kuliah. Org yg tanya kt ada kuliah x ari nie of course la kt jwb x de sbb mati2 kt ingat x de.. Cian dier... Rasa bersalah lak plak....
Lgsatu yg mengganggu emosi kt ari nie, tau x brapa byk kali kt kna restart laptop bengong nie sbb asyik x de line wifi ukm... Bila akhirnya dpt log in, laptop bodo nie hang plak.... Sakit ati tul....! Nasib baik after off n on blk da x de prob stakat nie la... Sblum laptop nie hang blk better kt fin kan blog kt utk ari nie...
Adieu my friends... Assalamualaikum....

Monday, December 21, 2009

Hari Pertama Minggu Pertama Perkuliahan

Hehehe...
Siang td x abis tulis blog lg tp terpaksa sign out sbb tiba2 waktu klas dawalkan. Tp, mmandangkn clash ngan subject lg bg certain students masanyer dianjakkan kembali ke pukul 1. huhu... seb baik~
klas pertamaku stelah kembali semula ke ukm da kna mnyalin 4 pages of notes! X ACI!!! member2 yg laen sume klas pertama diorg samada cancel or just briefing sal subject diorg tp kt da stat blaja.... T_T
Klasnyer slama 1 1/2 hours sedangkan spatutnyer 1 hour jer... Lsp2 kna wat xtra klas 2 jam tu! sebab jumat cuti krismas.... hoho.. n then tgh/ari td ada masa smpi kul 5 sblum kuliah TITAS , kt spend masa tu ngan kuar ke WARTA ngan member2 roommate. Lunch mkn pizza tu~ ahoyy!!! Blk jer tros cepat2 solat Asar n then gi klas. Nasib baik titas x ngajar instead dier terangkan sal tugasan. Slamat~ Klas yg patutnyer abis kul 7 tu dpt dtamatkn sejam lbh awal sbb En. Umar ada hal penting dat he needs 2 attend 2... kuikuikui
Lps2 td, member sama course ckp sok ada klas geomorfology kul 9-11pg. Sedangkan kalo ikot jadual klas 2 ari rabu n kamis... Benci btulla kalo jadual yg ddaftarkn dlm sistem x sama ngan jadual pensyarah... Abis da clash ngan klas subject laen... Da la sok kul 10-12 kt ada klas pengurusan emosi... Da la emosi kt nie da cukup terganggu lg nak mengganggunyer ngan perubahan jadual sume... X baek tul la... T_T sedey~
Papepon, tgk sok camner... Insyaallah kalo ramai lg yg clash ley la minta dier tukar jadual... (mengeluh)
Kt smemangnyr x ske dsusahkan n menyusahkan diri sendiri camnie...
Wahahaha... Setelah sekian lama x tulis blog kini ku kembali utk menghuru-harakan blog kt yg boring n hampeh nie... huhu~
Maunyer nak tulis blog da kalo aktiviti harian kt bgn kul 11pg n somtimes kul 12tgh/ari br nak ngeliat bgn dr katil yg x empuk n berbunyi kat umah tu, n then after solat zohor on9 baca komik kat 1manga smpi maghrib. Mlmnyer lak tgk citer korea smpi kul 1,2 pg after dat tido smpi tgh/ari esoknyer.... x menarik langsung kalo nak dkongsikan bersama. But now, tidak lg... pasai pe, smalam da daftar masuk blk U n then ari nie da stat kuliah. In fact, kuliah paleontology yg spatutnyer kul 12 nnt stat da stat da skrang!!!! Hampeh btulla....
So sowie.... but I really huv 2 go now.... Nnt kalo rajin kt sambungla menceritakn alkisah 1st day sambung smula pengajian, k?!
Adieu.....

Hasil Nukilanku~